AJL 24 dan Illuminati, Satu Perancangan Atau Kebetulan?

Kehangatan Anugerah Juara Lagu yang ke-24 sudah dua minggu berlalu, tiba-tiba khalayak dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara itu berlangsung. Di sini GEMPAQBLOG cuba merungkaikan pertembungan pendapat di antara penulis blog tersebut dan penerbit AJL24.

Turut disertakan kenyataan daripada Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam merupakan penerbit AJL24 yang menerangkan bahawa persembahan pada malam itu tidak dirancang supaya menyerupai unsur Illuminati dan Freemason.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda…

*penambahan:

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah

Reaksi dan penjelasan daripada Penerbit AJL 24

Reaksi daripada Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam selaku penerbit  AJL24 dan dia cakap hanya opening dan interlude saja yang dirancang oleh pihak penerbit. Persembahan artis-artis semuanya dirancang oleh mereka sendiri. Jadi tak logik nak katakan semua artis yang terlibat tue sengaja nak menyelitkan unsur Illuminati nie.

Berikut merupakan petikan daripada kata-katanya :

” Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu. Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga.”

“Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.”

Akhir kata, terserah lah kepada anda untuk menilainya dan membuat persepsi sendiri. Bak kata pepatah ‘Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang‘ tetapi pada zaman moden yang penuh dengan pancaroba ini jika tiada angin pun pokok boleh bergoyang, cubalah tengok kat bawah pokok tu tangan siapa yang goyangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: