Imam Mahdi Telah Lahir Ke Dunia?

Sebuah steyen televisyen Al-Aqsa TV telah mewawancarakan seorang ulamak Islam, Issa Badwan dan telah disiarkan pada 6 Februari 2008. Dalam wawancara tersebut beliau menceritakan tentang kelahiran seorang bayi lelaki yang didakwa sebagai Imam Mahdi. Menurut cerita dari kawannya yang sahih empat tahun yang lalu (2004) seorang pemandu kereta telah menumpangkan seorang ibu yang ingin menjemput anaknya yang baru keluar daripada hospital selepas melahirkan anak. kemudian dia memberhentikan keretanya di depan pintu hospital tersebut dan si ibu tadi bergegas masuk ke dalam.

Sejam kemudian si ibu dan anaknya muncul bersama seorang bayi lelaki dan mereka masuk ke dalam kereta untuk pulang. Tiba-tiba bayi yang masih kecil di pangkuan ibu tadi tiba-tiba berbicara “Assalamualaikum”. Mereka terkejut dengan peristiwa tersebut lantas membalas salam bayi itu. Kemudian bayi itu berkata, “Saya adalah orang yang akan membunuh Dajjal yang tidak akan berlaku zalim kepada sesiapa lagi”. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Sheikh Nizar Al-Halabi dan Persatuan Ulamak Islam. Identiti bayi tersebut telah dikenal pasti dan kini bayi tersebut telah dijaga oleh seorang saudara lelaki.

Imam Mahdi akan muncul di khalayak ramai dan diketahui umum di Makkah pada umur 18-20 tahun. Maka beliau mungkin telah lahir ke dunia dalam dekad ini memandangkan terdapat tanda tanda jelas kedatangan Imam Mahdi dari hadis Nabi Muhammad saw seperti gerhana bulan dan matahari pada bulan ramadhan (2002 dan 2003), kemunculan komet iaitu komet Halley (1986), peperangan antara Iran dan Iraq (1980), penyekatan aliran sungai Euphrates (Empangan Keban Dam, Turki), serangan pengganas berhampiran Kaabah dan beberapa tahun kemudian berlaku pertumpahan darah sekali lagi di sana (1979 dan 1987), berlaku kebakaran besar di sebelah timur iaitu di Kuwait Iraq (1991), berlaku letusan di permukaan matahari (2000).

Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifatullah Al-Mahdi yang mendapat petunjuk”. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: