AJL 24 dan Illuminati, Satu Perancangan Atau Kebetulan?

Posted in Agama on January 29, 2010 by gempaqblog

Kehangatan Anugerah Juara Lagu yang ke-24 sudah dua minggu berlalu, tiba-tiba khalayak dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara itu berlangsung. Di sini GEMPAQBLOG cuba merungkaikan pertembungan pendapat di antara penulis blog tersebut dan penerbit AJL24.

Turut disertakan kenyataan daripada Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam merupakan penerbit AJL24 yang menerangkan bahawa persembahan pada malam itu tidak dirancang supaya menyerupai unsur Illuminati dan Freemason.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini

Read more »

New World Order : Konspirasi Rahsia Pertubuhan Illuminati

Posted in Agama on January 14, 2010 by gempaqblog

“New World Order”. Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru’. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa’ daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?

New World Order dalam $1 dollar US

Dunia Milik Golongan Elit

Berdasarkan rujukan[1], ‘new world order’ adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa’ yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki[2][3]. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai “Illuminati”. Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan’, ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order’ ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat’, apabila agenda mereka tercapai.


Read more »

Teori Disebalik Konspirasi World Trade Center 9/11

Posted in Agama on January 10, 2010 by gempaqblog

Apa yang sebenarnya kejadian 9/11? Di sini saya akan ceritakan cerita sebenar konspirasi WTC 9/11 ini. Tujuan sebenar mereka mengadakan tragedi WTC ini. Tragedi ini juga telah membuka mata masyarakat dunia terutama belah Eropah dan Amerika Syarikat sendiri betapa mereka telah diperbodohkan selama ini. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.

World Trade Center

Hari selasa, 11 september 2001, sebuah tragedi mengerikan terjadi. Dua gedung kembar yang sangat penting bagi Amerika diserang oleh pengganas dengan menggunakan pesawat. Pengganas itu menerbangkan pesawat tepat ke arah World Trade Center, akibatnya gedung kembar tersebut jatuh hancur sama sekali. Continue reading

Pendedahan Dan Bukti Yakjuj & Makjuj Telah Terlepas Ke Dunia

Posted in Agama on December 27, 2009 by gempaqblog

Ini adalah ulasan dan sinopsis buku terbaru An islamic view of gog and magog in the modern world karya daripada ulamak Islam, Sheikh Imran N Hosein. Hasil buah fikiran beliau digarap di dalam buku ini berdasarkan keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku tersebut dan membuat kajian lebih lanjut bagi mendapatkan keterangan dengan lebih terperinci mengenai topik ini.

Persoalan 1: Samada tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Read more »

eBook Yakjuj & Makjuj – View Of Gog And Magog By Imran N. Hosein

Posted in Agama on December 25, 2009 by gempaqblog

Ini adalah karya terbaru daripada ulamak terkenal, Sheikh Imran N Hosein iaitu An islamic view of gog and magog in the modern world. Karya buku bestseller beliau yang terdahulu iaitu Jurusalem In The Quran mencetuskan fenomena baru dan membuka mata banyak pihak mengenai tanda-tanda kiamat berdasarkan keadaan dan konflik dunia moden kini berpandukan hadis Nabi saw dan ayat Al Quran.

Selepas anda membaca buku karya terbaru ini baru anda faham dan mengerti siapa sebenarnya bangsa Yakjuj Makjuj, asal usul keturunan mereka, lokasi di mana tembok yang telah mengurung mereka dan pengakhiran atau takdir mereka pada akhir zaman. buku ini telah diolah oleh beliau dengan begitu terperinci dan sistematik sekali bersama penemuan-penemuan moden hasil kajian beliau hampir 20 tahun.

I began my study of Gog and Magog more than fifteen years ago in the early 90’s while resident in New York. My subsequent public lectures on the subject never failed to provoke keen interest from my Muslim audiences in several parts of the world. The evidence and arguments presented in the chapter on Gog and Magog in my book, ‘Jurusalem In Islam’, succeeded in convincing many who read the book that we now live in a world dominated by Gog and Magog. They were easily convinced that the ‘town’ mentioned in the Qur’ān in Sūrah al-Anbiyāh’ (21:95-6) was Jerusalem and hence, that Gog and Magog (and Dajjāl) explained the ominously unfolding ‘war on Islam’ with slaughter and destruction of Muslims in so many parts of the world. As a consequence, such readersalso understood Israel’s mysterious imperial agenda, and many have been making efforts to extricate themselves and their families from the embrace of Gog and Magog – an embrace that will take 999 out of every 1000 of mankind into the hellfire. Despite my best efforts, however, I failed miserably, again and again, to convince my learned peers, the scholars of Islam, that Gog and Magog were even released into the world. I earnestly hope and pray that this book might make a difference Insha’ Allah.


Keajaiban Kaabah & Batu Hajar Aswad Yang Mesti Anda Ketahui

Posted in Agama on December 24, 2009 by gempaqblog

Makkah merupakan tempat yang dimuliakan dan disucikan oleh Allah SWT. Buktinya adalah seringnya kota Makkah disebut-sebut dalam al-Qur’an dan hadits Rasulullah. Kota Makkah sering disebut-sebut dalam Al Qur’an dengan ayat yang berbeza-beza. Jika sesuatu sering disebut dengan beraneka nama, hal ini megisyaratkan bahawa tempat atau nama tersebut memilki nilai tinggi serta mulia bahkan mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki lainnya.

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Makkah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.” Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Makkah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Islam mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Makkah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara saintifik.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Fenomena Azan Berterusan 24 Jam Sehari

Posted in Agama on December 23, 2009 by gempaqblog

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakan solat.
Azan adalah satu fenomena luar biasa atau mukjizat islam yang hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad saw. Azan sentiasa bersahutan tanpa henti di antara negara negara di dunia selari dengan putaran bumi pada paksinya yang menyebabkan berlakunya siang dan malam diantara solat fardhu lima waktu sehari semalam.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Fenomena ini akan berterusan sehingga hari kiamat selagi matahari tidak terbit dari ufuk barat dengan izin Allah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.